Prakata

Score A Programme™ merupakan sebuah medium pembelajaran output ( output learning ) untuk para pelajar seawal Tahap 1 sehingga Tingkatan 5. Selain disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan pelajar-pelajar cemerlang di dalam akademik, terutamanya di dalam peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR dan SPM, Score A Programme™ ini juga menyediakan program usahawan dengan memasarkan produk pendidikan secara online ( e-Learning ) ini ke seluruh negara dengan pendapatan lumayan yang dibayar secara mingguan.
Telah menjadi matlamat kerajaan mensasarkan semua sekolah di Malaysia sebagai Sekolah Bestari pada tahun 2010. Peruntukkan kerajaan juga tercatat di dalam RMK9 bagi mencapai matlamat tersebut. Dengan adanya Score A Programme™ ini, maka dapatlah melahirkan lagi lebih ramai para pelajar celik IT dan seterusnya membantu mereka untuk bersedia menghadapi peperiksaan.

Kepada ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan atau perniagaan, Score A Programme™ merupakan pilihan yang sangat sesuai kerana ibu bapa boleh memantau sessi pembelajaran anak-anak mereka walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengetahui prestasi anak-anak mereka di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia. Sangat menarik kerana anak-anak ini akan berlumba-lumba untuk menjadi pelajar yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Score A Programme™ menampilkan landasan pembelajaran yang efektif dengan ciri-ciri yang menarik dan unik seperti penyediaan nota ringkas, kamus dan latihan daripada semua topik di dalam matapelajaran yang dibekalkan. Selain itu, Score A Programme™ juga menyediakan 'dewan peperiksaan' sebagai peperiksaan percubaan. Di sini, para pelajar akan diterapkan dengan suasana dan keadaan peperiksaan sebenar dari segi tempoh masa yang telah ditetapkan mengikut kertas soalan yang dipilih. Kertas soalan yang disediakan adalah bersumberkan daripada koleksi kertas-kertas soalan sebenar tahun-tahun lepas, ini telah diberikan hak penyebaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai satu langkah mempersiapkan para pelajar agar sentiasa bersedia sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

Pendidikan anak-anak adalah kewajiban setiap ibu bapa. Selain tugas guru di sekolah, Score A Programme™ juga berfungsi untuk membantu ibu bapa dalam menggapai impian mereka. Bersama-samalah kita menjadi warga berilmu dan berintelektual tinggi. Kepada para usahawan Score A Programme™, apa yang sedang anda lakukan adalah sesuatu usaha yang murni. Bukan sahaja menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar, malah anda dapat membantu diri anda untuk terus maju ke hadapan. Bak kata Irfan Khairi, "...alang-alang menjadi USAHAWAN, biarlah sampai menjadi JUTAWAN...!"

Ayuh, marilah kita mengejar kejayaan. Marilah kita bersama membina sebuah bangsa yang mempunyai ilmu, berwawasan, bermatlamat dan mempunyai aset. Jangan kita dipandang rendah dan dianggap menumpang di bumi sendiri, tanah air kita. Anda masih ingat lagu "Anak Kecil"? Hayati dan renung-renungkanlah.

Pengenalan

Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran secara output yang interaktif berpandukan sukatan matapelajaran negara yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu para pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
----------------------------------------------------------------------------------
Mengapa para pelajar memerlukan Score A Programme™?
UTAMA: Direka khas secara terperinci bagi menyediakan satu kaedah pembelajaran yang sempurna kepada para pelajar.
PERTAMA: Para pelajar boleh menilai tahap kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan.
KEDUA: Ibu bapa boleh memantau perkembangan prestasi akademik anak-anak mereka dengan lebih berkesan dan realistik.
----------------------------------------------------------------------------------
Kenapa Score A Programme™ pilihan terbaik?
[01] Kertas-kertas soalan meliputi silibus matapelajaran Malaysia.
[02] Mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada pelbagai pihak termasuk PIBGN dan Menteri Pelajaran Malaysia.
[03] Soalan-soalan dibentuk dan disediakan oleh guru-guru Sekolah Bestari bertauliah.
[04] Pembelajaran menerusi teknologi informasi ( IT ) lebih menjimatkan ruang, masa, kos, lebih kondusif dan interaktif serta efektif.
[05] Ibu bapa dapat memantau tahap pembelajaran anak-anak secara berterusan dari masa ke semasa.
[06] Juga terbukti kepada pelajar yang awalnya lemah di dalam pelajaran telah meningkat dan memperoleh keputusan yang cemerlang selepas menyertai Score A Programme™!
[07] Sokongan dan bantuan di dalam kaedah pembelajaran melalui kemudahan nota ringkas serta kamus istilah.
----------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana untuk menyertai Score A Programme™ ini?
Terdapat 2 pilihan utama yang tersedia untuk anda:
[01] Pakej bukan ahli ( langganan sahaja ).
[02] Pakej ahli ( usahawan atau pengedar produk ).
----------------------------------------------------------------------------------
Apa perbezaan di antara pakej bukan ahli dengan ahli ( Usahawan Score A Programme™ )?
Pakej bukan ahli hanya membenarkan anda menggunakan atau mengakses portal Score A Programme™ sahaja.
Berlainan pula dengan pakej ahli yang melayakkan anda untuk membina sebuah rangkaian pemasaran atau Network Marketing Score A Programme™. Selain daripada anda dapat mengakses portal Score A Programme™ untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak anda, anda juga turut berpeluang untuk menaikkan taraf hidup anda sekeluarga dengan menjana pendapatan sehingga 6 angka dalam tempoh beberapa bulan. Manfaat seperti ini dapat dikongsikan bersama dengan ahli keluarga anda.
Rangkaian pemasaran kami telah membentuk satu strategi pemasaran yang akan memastikan pulangan yang lumayan. Modal yang anda keluarkan dapat diperoleh semula dalam tempoh 2-3 bulan, insyaallah.
Selain itu, kumpulan pemasaran kami juga akan membantu anda untuk membina sebuah rangkai niaga anda sendiri. Ini kerana, rangkaian pemasaran yang telah direka menitikberatkan pertumbuhan rangkaian perniagaan yang seimbang dan sama rata berbanding daripada keuntungan individu.
----------------------------------------------------------------------------------
Jadi, bertindaklah segera!
Demi masa depan anak-anak anda yang lebih gemilang.
Selain itu juga, jangan lepaskan peluang untuk turut sama mencorakkan masa depan kewangan anda!!

Keistimewaan Score A Programme™

Apa keistimewaan Score A Programme™?
Terdapat banyak keistimewaanya dalam meningkatkan minat anak-anak anda untuk belajar selain membantu sessi pembelajaran mereka seperti:
[01] Mesra Pengguna; dengan kombinasi gambar dan warna yang menarik di portal Score A Programme™ ( www.scoreA.com ), akan membuatkan anak-anak anda rasa tertarik dan cenderung untuk menggunakan aplikasi ini sebagai medium pembelajaran output mereka.
[02] eNotes™; merupakan nota ringkas tetapi padat yang disediakan untuk semua matapelajaran di dalam Score A Programme™.
[03] ePast Year Exam™; membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR dan SPM berlatih menjawab kertas-kertas soalan sebenar ( koleksi tahun-tahun lepas ) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan format yang sama.
[04] eTopic™; satu modul latihan yang membolehkan para pelajar membuat latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang diajarkan di sekolah.
[05] eProgress™; merupakan carta pemantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti setiap perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan ibu bapa sentiasa peka dan diberitahu berkenaan kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
[06] eTrial Exam™; untuk memastikan para pelajar betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR dan SPM.
[07] eAssessment™; telah direkabentuk untuk membolehkan para pelajar membuat latih tubi sebanyak yang mungkin dan menilai sejauh manakah tahap kefahaman pelajar di dalam subjek yang diajarkan di sekolah.
[08] eReport Card™; adalah satu ciri yang perlu ada bagi setiap ibu bapa yang prihatin terhadap pelajaran anak-anak mereka. Ia memaparkan kesemua sessi pembelajaran output, samada dari eAssessment™ mahupun eTrial Exam™.

Sukatan Matapelajaran Score A Programme™

Apa sukatan matapelajaran yang disediakan Score A Programme™?
Score A Programme telah menerima pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Sukatan matapelajaran Score A Programme™ pula telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan sentiasa dikemaskini mengikut sukatan matapelajaran yang terkini.

Sekolah Rendah ( Tahap 1 - 6):
[01] Bahasa Melayu
[02] Bahasa Inggeris
[03] Matematik ( Bahasa Inggeris )
[04] Sains ( Bahasa Inggeris )
[05] Bahasa Cina

Sekolah Menengah Rendah ( Tingkatan 1 - 3 ):
[01] Bahasa Melayu
[02] Bahasa Inggeris
[03] Bahasa Cina
[04] Geografi
[05] Sejarah
[06] Matematik ( Bahasa Inggeris )
[07] Sains ( Bahasa Inggeris )

Sekolah Menengah Tinggi ( Tingkatan 4 & 5 ):
[01] Bahasa Inggeris
[02] Matematik
[03] Sains
[04] Sejarah
[05] Perdagangan
[06] Prinsip Akaun
[07] Ekonomi Asas
[08] Fizik
[09] Kimia
[10] Biologi

Promosi Hebat dan Terhad!

Langganilah portal Score A Programme™ bersama saya sekarang dan anda berpeluang untuk menambah akses selama 3 bulan secara PERCUMA! Terhad kepada penyertaan awal sahaja. Siapa cepat, dia dapat!