Prakata

Score A Programme™ merupakan sebuah medium pembelajaran output ( output learning ) untuk para pelajar seawal Tahap 1 sehingga Tingkatan 5. Selain disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan pelajar-pelajar cemerlang di dalam akademik, terutamanya di dalam peperiksaan utama iaitu UPSR, PMR dan SPM, Score A Programme™ ini juga menyediakan program usahawan dengan memasarkan produk pendidikan secara online ( e-Learning ) ini ke seluruh negara dengan pendapatan lumayan yang dibayar secara mingguan.
Telah menjadi matlamat kerajaan mensasarkan semua sekolah di Malaysia sebagai Sekolah Bestari pada tahun 2010. Peruntukkan kerajaan juga tercatat di dalam RMK9 bagi mencapai matlamat tersebut. Dengan adanya Score A Programme™ ini, maka dapatlah melahirkan lagi lebih ramai para pelajar celik IT dan seterusnya membantu mereka untuk bersedia menghadapi peperiksaan.

Kepada ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan atau perniagaan, Score A Programme™ merupakan pilihan yang sangat sesuai kerana ibu bapa boleh memantau sessi pembelajaran anak-anak mereka walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengetahui prestasi anak-anak mereka di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia. Sangat menarik kerana anak-anak ini akan berlumba-lumba untuk menjadi pelajar yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Score A Programme™ menampilkan landasan pembelajaran yang efektif dengan ciri-ciri yang menarik dan unik seperti penyediaan nota ringkas, kamus dan latihan daripada semua topik di dalam matapelajaran yang dibekalkan. Selain itu, Score A Programme™ juga menyediakan 'dewan peperiksaan' sebagai peperiksaan percubaan. Di sini, para pelajar akan diterapkan dengan suasana dan keadaan peperiksaan sebenar dari segi tempoh masa yang telah ditetapkan mengikut kertas soalan yang dipilih. Kertas soalan yang disediakan adalah bersumberkan daripada koleksi kertas-kertas soalan sebenar tahun-tahun lepas, ini telah diberikan hak penyebaran oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai satu langkah mempersiapkan para pelajar agar sentiasa bersedia sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

Pendidikan anak-anak adalah kewajiban setiap ibu bapa. Selain tugas guru di sekolah, Score A Programme™ juga berfungsi untuk membantu ibu bapa dalam menggapai impian mereka. Bersama-samalah kita menjadi warga berilmu dan berintelektual tinggi. Kepada para usahawan Score A Programme™, apa yang sedang anda lakukan adalah sesuatu usaha yang murni. Bukan sahaja menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar, malah anda dapat membantu diri anda untuk terus maju ke hadapan. Bak kata Irfan Khairi, "...alang-alang menjadi USAHAWAN, biarlah sampai menjadi JUTAWAN...!"

Ayuh, marilah kita mengejar kejayaan. Marilah kita bersama membina sebuah bangsa yang mempunyai ilmu, berwawasan, bermatlamat dan mempunyai aset. Jangan kita dipandang rendah dan dianggap menumpang di bumi sendiri, tanah air kita. Anda masih ingat lagu "Anak Kecil"? Hayati dan renung-renungkanlah.